Akaun ewakaf.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
SUMBANGAN DAN TAJAAN TAFSIR AL-QURAN AL-MUHAIMIN DAN BUKU TAJWID RIWAYAT HAFS



MUQADDIMAH

 

Segala puji bagi Tuhan semesta alam yang telah menurunkan kitabNya untuk panduan bagi umat sejagat. Selawat dan salam buat junjungan Nabi yang tercinta Muhammad S.A.W. Bagindalah yang menjadi qudwah di dalam kerangka untuk membina akhlak berteraskan al-Quran, bersyukur sekali lagi kehadrat Tuhan yang maha Esa yang telah memberi kekuatan dan pertolongan kepada kami.

 

PERKIM CAWANGAN DATUK KERAMAT KL sedang melancarkan program sumbangan dan tajaan kitab tafsir al-quran al-muhaimin dan buku tajwid riwayat hafs untuk diagihkan kepada golongan asnaf, mualaf dan anak yatim dibawah selian Perkim Cawangan Datuk Keramat KL. Dengan ini kami memohon sumbangan derma dan tajaan dari perseorangan, syarikat koporat, yayasan, bank atau koperasi dan lain- lain agensi tertentu untuk menaja dan menyumbang untuk Kitab Al-Quran Al-Muhaimin dan  buku 50 kewajipan seorang muslim,  bagi diagihkan kepada golongan asnaf, mualaf dan anak yatim untuk memiliki kitab dan buku ini.


Oleh itu pihak kami Perkim Cawangan Datuk Keramat memerlukan peruntukan sebanyak RM 100,000.00 untuk membeli kitab dan buku yang dicadangkan untuk kegunaan golongan Asnaf, Mualaf dan Anak Yatim.

1. KitabTafsir Al-Quran Al-Muhaimin Jumlah Keperluan Sebanyak 1000 Naskah 
Harga Senaskah RM 80.00 ( 1000 X 80 = RM 80,000.00 )
2. Buku Tajwid Riwyat Hafs 
Harga Senaskah RM 20.00 ( 1000 X 20 = RM 20,000.00 )

  Apabila seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali dari 3 perkara, 1. shodaqoh jariyah, 2. ilmu yang bermanfaat, 3. anak sholih yang mendoakan orang tuanya.
 (H.R Muslim no. 1631 )      
Hadiahkan Pahala Sedekah ini untuk orang tersayang, kedua ibubapa, arwah dan diri sendiri.

“ Harta yang kamu makan akan jadi kotoran, harta yang kamu simpan akan jadi warisan atau rebutan, tapi harta yang kamu SEDEKAHKAN / INFAQ ANDA  akan kekal abadi di akhirat” – BUYA HAMKA 

   Semoga segala usaha murni Y.Bhg.  Dato’/Datuk/Datin/Tan Sri/Puan Sri/Tuan/Puan, ini dapat dijayakan dan mencapai matlamatnya, Pihak kami mendoakan semoga Allah SWT melimphakan Inayah dan Rezekinya yang luas dan berpanjangan kepaada kita semua, Insya Allah dan di ucapkan Jazakallhu Khairan Katira.


“MEMPERKASA JIIL AL QURAN”


Dari Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

"Sedekah itu tidak akan mengurangi harta..."

(H.R Muslim)

NOTA : SETIAP SUMBANGAN RM 100 KEATAS AKAN MENERIMA RESIT PELEPASAN CUKAI

PERKIM CAWANGAN DATUK KERAMAT
No. Pendaftaran ( PPM/WKL 76/61-241 )
NO 16-G, Lorong Haji Hussein 1, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

USTAZ SUHAIMI BIN ABD AZIZ

019 - 603 9187


Penafian: 
  1. Bagi pembayaran menggunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
  2. . Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi Talian :  014 - 812 0649 En.Abd.Razak Pengurus Projek Wakaf al-quran dan buku ini.