
APA ITU PROGRAM KASIH HUFFAZ ?
Program Kasih Huffaz adalah satu usaha PITAS bagi membantu pelajar-pelajar huffaz seramai 22,000 pelajar yang berada di 475 buah Maahad Tahfiz yang bernaung dibawah PERSATUAN INSTITUSI TAHFIZ AL-QURAN NEGERI SELANGOR ( PITAS ) serta membantu pelajar-pelajar Pengajian Al-Quran dan Al-Qiraat seluruh Malaysia. Pihak PITAS selaku urusetia mengalu-alukan orang ramai, syarikat korporat, koperasi dan lain-lain agensi bersama kami PITAS membantu pelajar-pelajar huffaz ini untuk memliki kitab-kitab dan buku yang di perlukan seperti di bawah :- 1. Mushaf Qiraat Asyasra Sepuluh ( Qiraat 10 ) 2. Buku Usul Matan Syatibi ( Qiraat 7 ) 3. Buku Syarah Usul Matan Durrah Al-Mudhiyyah ( Qiraat 3 ) 4. Buku Tajwid Riwayat Hafs 5. Buku Perbahasan Ilmu-Ilmu Al-Quran 6. Buku Kemahiran Al-Quran Setiap pelajar memerlukan peruntukan tahunan sebanyak RM 300.00 ringgit setiap pelajar untuk memiliki kitab dan buku yang dicadangkan di atas. Pihak PITAS mengajak mana-mana pihak yang sudi menaja dan mewakafkan kitab-kitab dan buku seperti di atas untuk kegunaan pelajar-pelajar huffaz ini. APA KELEBIHAN JIKA PELAJAR HUFFAZ DAPAT MEMPELAJARI ILMU AL-QURAN DAN QIRAAT INI ? 1. Dapat melahirkan lebih ramai pakar ilmu qiraat di Malaysia. 2. Baca, hafal dan faham serta dapat menghayati ilmu Al-Quran. 3. Pelajar akan dapat mengembangkan ilmu Al-Quran dan Qiraat ini kepada pelajar lain dan orang awam selepas tamat pengajian. KESAN KEPADA PELAJAR HUFFAZ JIKA TIADA KITAB-KITAB DAN BUKU YANG DINYATAKAN:
MACAM MANA KAMI URUSKAN SUMBANGAN ANDA ?
“Dari Anas bin Malik r.a, Nabi ﷺ bersabda: “Sesungguhnya di sisi Allah SWT mempunyai ahli-ahli yang dilantik dari kalangan manusia. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah ﷺ! Siapakah mereka itu?” Baginda ﷺ bersabda: “Merekalah Penghafal dan pengajar Al-Quran, Mereka adalah golongan yang diutamakan.” (HR. Ibn Majah) Apabila seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali dari 3 perkara, 1. shodaqoh jariyah, 2. ilmu yang bermanfaat, 3. anak sholih yang mendoakan orang tuanya (H.R Muslim no. 1631) “ Harta yang kamu makan akan jadi kotoran, harta yang kamu simpan akan jadi warisan atau rebutan, tapi harta yang kamu SEDEKAHKAN akan kekal abadi di akhirat” –BUYA HAMKAPenafian:
|